Saturday, May 28, 2011

Tangkuban Parahu, masih berasap...


Seronok tengok kenderaan ini di Kota Jakarta, antik, bijak mencelah kesibukan Jakarta yang penduduknya melebihi 20 juta orang... terlepas daripada kesesakan kota...


... kenangan masih mengusik di jiwa apabila sesat selama hampir 2 jam di Pasar Tanah Abang, Jakarta, nasib baik peristiwa ini tidak berulang di Pasar Baru, Bandung dan Mangga 2 (Pusat beli-belah terbesar itu...


Terima kasih Penolong Kanan En. Noor Razi bin Jusoh, kerana mencalonkan aku, terima kasih SPA JPNT kerana memilih aku, terima kasih ExxonMobil kerana menganjurkannya dan terima kasih MB Terengganu menyampaikan anugerah itu kepadaKu. Thank You Allah, mengaturkan seluruh kehidupanku.

Ramadan 2010



Aku ingin kembali ke sini, aku rindu, bawalah aku kembali...

... masih terngiang-ngiang cerita itu dan ini pasangan makcik dan pakcik kepadaku tentang anak-anak dan keluarganya sewaktu di Dubai... aku jadi sayang dan akrab kepadanya seperti ibuku sendiri walaupun baru kenal di KLIA.
Allah swt lebih menyayanginya, makcik pergi buat selama-lamanya sebaik sahaja tiba di Tanah Suci, masih dalam ihram makcik kembali kepadaNya di samping pakcik yang setia. Warga emas itu adalah jemaah yang bersama-samaku ke Tanah Suci akhir Ramadan lalu. semoga rohnya dicucuri rahmat, amin.

Wednesday, December 22, 2010

1

Ingin saja aku mulakan dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim.
Buat kesekian kalinya aku masih berdiam diri terhadap semua soalan yang ditujukan kepadaku.
Bukan niat ingin berahsia, tapi belum tiba masanya...
Akan tiba satu detik itu, aku akan berterus terang.

Thursday, December 16, 2010

Monolog

Hampir setahun tak update blog... Sibuk benar ke aku ni...? Takkan kalahkan menteri pulak. Yes, ada idea terkini aku, tapi bukan idea baru. Mulai hari ini aku akan jadikan laman ini sebagai ruangan penulisan kreatif aku. Apa salahnya, aku kembalikan zaman kegemilangan minatku dengan dunia penulisan, biarpun karyaku sebelum ini tak ke mana pun, tapi aku puas. Sesekali ingat coretan zaman muda-muda keluar kat radio dulu aku mampu tersenyum. Boleh berkarya rupanya aku ni... Mana tahu, orang lain juga akan tersenyum nanti...

Saturday, October 3, 2009

Mesyuarat

KATA ALU-ALUAN

YANG DIPERTUA PIBG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.dan Salam Sejahtera.

Saya dengan bangga dan sukacitanya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jawatankuasa PIBG Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit kerana berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-6 ini.

Kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada kesediaan, kesanggupan, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak. Objektif PIBG sebagai sebuah persatuan bersama bukan sahaja bertujuan mewujudkan hubungan dua hala antara guru dan ibu bapa dalam merealisasikan visi dan misi sekolah malahan lebih daripada itu. PIBG yang berkesan akan memastikan peranan masing-masing dalam memenuhi tuntutan semasa dan mendepani cabaran semasa demi melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Untuk mencapai hasrat ini, PIBG SBPI Batu Rakit telah berjaya melaksanakan pelbagai program yang merangkumi kecemerlangan kurikulum, kokurikulum, sahsiah, kebajikan dan pembangunan sekolah. Meskipun usaha-usaha ini telah berjaya, pelaksanaannya perlu dibuat penambahbaikan berterusan dan diberi nilai tambah. Selain itu, program yang telah dirancang pula tidak akan bermakna jika tidak mendapat kerjasama dan dilaksanakan dengan baik.

Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih dan pengharrgaan kepada AJK PIBG, guru-guru dan ibu bapa serta pelajar kerana telah memberi kerjassama dalam menjayakan majlis ini. Harapan saya Mesyuarat Agung PIBG ini berjalan dengan lancar dan dapat menghasilkan suatu rumusan dan keputusan yang mampu meningkatkan lagi keberkesanan peranan PIBG demi kecemerlangan sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

IR. HJ. WAN NAZARI BIN WAN JUSOH

Yang Dipertua

PIBG SBPI Batu Rakit,