Saturday, October 3, 2009

Mesyuarat

KATA ALU-ALUAN

YANG DIPERTUA PIBG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.dan Salam Sejahtera.

Saya dengan bangga dan sukacitanya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jawatankuasa PIBG Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit kerana berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-6 ini.

Kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada kesediaan, kesanggupan, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak. Objektif PIBG sebagai sebuah persatuan bersama bukan sahaja bertujuan mewujudkan hubungan dua hala antara guru dan ibu bapa dalam merealisasikan visi dan misi sekolah malahan lebih daripada itu. PIBG yang berkesan akan memastikan peranan masing-masing dalam memenuhi tuntutan semasa dan mendepani cabaran semasa demi melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Untuk mencapai hasrat ini, PIBG SBPI Batu Rakit telah berjaya melaksanakan pelbagai program yang merangkumi kecemerlangan kurikulum, kokurikulum, sahsiah, kebajikan dan pembangunan sekolah. Meskipun usaha-usaha ini telah berjaya, pelaksanaannya perlu dibuat penambahbaikan berterusan dan diberi nilai tambah. Selain itu, program yang telah dirancang pula tidak akan bermakna jika tidak mendapat kerjasama dan dilaksanakan dengan baik.

Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih dan pengharrgaan kepada AJK PIBG, guru-guru dan ibu bapa serta pelajar kerana telah memberi kerjassama dalam menjayakan majlis ini. Harapan saya Mesyuarat Agung PIBG ini berjalan dengan lancar dan dapat menghasilkan suatu rumusan dan keputusan yang mampu meningkatkan lagi keberkesanan peranan PIBG demi kecemerlangan sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

IR. HJ. WAN NAZARI BIN WAN JUSOH

Yang Dipertua

PIBG SBPI Batu Rakit,

Friday, July 3, 2009

Kerjayaku

Saya Cikgu. Hari-hari, keluar rumah 6.45 pg. sampai pejabat 7.10-7.20 pg, perhimpunan pagi 10 minit. Lepas tu jadual tugas masing-masing sampai 2.15 ptg. Tapi kenapa sampai rumah selalunya 5.00 petang?

Mungkin,

i Pergi bank urusan kereta/rumah?
ii Tunggu anak kat sekolah keluar lambat?
iii Mesyuarat/taklimat di pejabat?
iv Pergi bayar bil-bil?
v Pergi beli keperluan rumah/keluarga?
vi Pergi layan diri sendiri bersama kawan-kawan/shopiiiiiiingggg?
vii "Family Time Is Golden"- I Love My Family!

Friday, January 30, 2009

Kebahagiaanku

Rahsia Hidup Gembira

  • Orang yang senyum kelihatan manis air mukanya dan tenang melihatnya.
  • Senyum dan ketawa membawa banyak faedah berbanding runsing dan marah.
Fikirkan:
  • Mengapa syarikat korporat besar menghabiskan berpuluh ribu ringgit hanya untuk memastikan kakitangannya senyum
  • Menurut Dr. Henri Rubenstein, 1 minit ketawa sama seperti anda rehat 45 minit dan orang yang ketawa 100 kali sama seperti anda melakukan latihan aerobic selama 10 minit.
  • Kanak-kanak lebih menikmati kehidupan berbanding orang dewasa (kanak-kanak gelak 400 kali sehari secara purata berbanding 15 kali orang dewasa).
Ingat:
  • Jika anda susah untuk gembira, memadailah senyum kepadanya.
  • Senyum itu sedekah
  • Semua orang suka akan senyuman
  • Anda senyum, orang lain akan mudah senyum kepada anda
  • Anda akan merasakan hidup lebih ceria dengan banyak senyum

Tips:

  • Ingat senyum dan jadikan amalan
  • Sebelum keluar rumah di awal pagi, pastikan anda senyum di hadapan cermin

"Learn How To Live Not Just To Earn"
"Don't Worry, Be Happy"
"We Do Not Smile Because We Are Happy, We Are Happy Because We Smile"
"SENYUM ADALAH SEDEKAH"