Saturday, October 3, 2009

Mesyuarat

KATA ALU-ALUAN

YANG DIPERTUA PIBG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.dan Salam Sejahtera.

Saya dengan bangga dan sukacitanya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jawatankuasa PIBG Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit kerana berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-6 ini.

Kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada kesediaan, kesanggupan, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak. Objektif PIBG sebagai sebuah persatuan bersama bukan sahaja bertujuan mewujudkan hubungan dua hala antara guru dan ibu bapa dalam merealisasikan visi dan misi sekolah malahan lebih daripada itu. PIBG yang berkesan akan memastikan peranan masing-masing dalam memenuhi tuntutan semasa dan mendepani cabaran semasa demi melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Untuk mencapai hasrat ini, PIBG SBPI Batu Rakit telah berjaya melaksanakan pelbagai program yang merangkumi kecemerlangan kurikulum, kokurikulum, sahsiah, kebajikan dan pembangunan sekolah. Meskipun usaha-usaha ini telah berjaya, pelaksanaannya perlu dibuat penambahbaikan berterusan dan diberi nilai tambah. Selain itu, program yang telah dirancang pula tidak akan bermakna jika tidak mendapat kerjasama dan dilaksanakan dengan baik.

Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih dan pengharrgaan kepada AJK PIBG, guru-guru dan ibu bapa serta pelajar kerana telah memberi kerjassama dalam menjayakan majlis ini. Harapan saya Mesyuarat Agung PIBG ini berjalan dengan lancar dan dapat menghasilkan suatu rumusan dan keputusan yang mampu meningkatkan lagi keberkesanan peranan PIBG demi kecemerlangan sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

IR. HJ. WAN NAZARI BIN WAN JUSOH

Yang Dipertua

PIBG SBPI Batu Rakit,