Sunday, August 3, 2008

MALAYAN UNION

SEBAB-SEBAB PENGENALAN MALAYAN UNION

  • Persediaan membentuk kerajaan sendiri
  • Membentuk bangsa Malayan Union
  • Menjimatkan Kos Pentadbiran
  • Mengawal Kuasa Politik Orang Melayu
  • Melahirkan Pentadbiran yang licin

CIRI-CIRI MALAYAN UNION

  • Semua Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta dua Negeri Selat, disatukan.
  • Seorang gabenor British yang dilantik oleh Baginda Ratu England akan mengetuai Malayan Union.
  • Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.
  • Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.
  • Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan Malayan Union.
  • Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
  • Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.

REAKSI TERHADAP MALAYAN UNION

  • Orang Melayu membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-Raja Melayu bahawa baginda akan diturunkan daripada takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union seperti yang terjadi kepada Sultan Badlishah, Kedah.
  • Kebanyakan sultan tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku kepada Sultan Perak.
  • Terdapat sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan kepada British seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor.

TINDAKAN ORANG MELAYU MENENTANG MALAYAN UNION

  • Menyuarakan bantahan secara berterusan melalui akhbar-akhbar seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara.
  • Demonstrasi secara damai.
  • Menghidupkan Persatuan-persatuan Melayu - menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah dan Jajahan di London.
  • Mengadakan Kongres dan menubuhkan U.M.O
  • Penubuhan UMNO
  • Kongres kali kedua pada 30-31 Mac 1946.
  • Mengadakan rapat umum di setiap bandar besar.
  • Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar untuk menyatakan bantahan mereka.

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.

  • Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union.
  • Perpaduan orang Melayu daripada semua golongan.
  • UMNO tidak menuntut kemerdekaan.
  • Gesaan Piagam Atlantik 1945.
  • Sokongan bekas pegawai-pegawai British.
  • Sokongan pegawai-pegawai tinggi British.
  • Sikap politik Melayu yang sederhana.

Saturday, August 2, 2008

Welcome to Hasnizan blog

Sayangi sebuah perkenalan kerana di situ terciptanya kemesraan,
Sayangi sebuah persahabatan kerana di situ terciptanya kerinduan,
Hargai kedua-duanya kerana itulah rahmat Tuhan...


e-pembelajaran menjana keupayaan diri, belajar dengan keyakinan diri, menimba ilmu pengetahuan dengan rasa rendah diri, berkongsi ilmu untuk menyuburkan diri...


Tak Kenal Maka Tak Cinta
Begitulah ungkapan yang selalu kita dengar. Terasa ralat jika datang ke Terengganu tanpa mempelajari beberapa perkataan dialek Terengganu yang biasa digunakan.

contoh:

sokmo - selalu
pitih - duit
samah - 50 sen
brahi - suka
slalu - sekarang
tubik - keluar
kekgi - sekejap lagi
lebong - menipu
derak - merayau
glenya - gatal/galak
nyak nye - kesian
mmusang - panas baran
nano - nakal
katok pukul
gong - sombong
riya - ringgit
godang - pukul
nnebeng - memaksa diri
babil - degil
nnocat - melompat
lengoh dohong - terlampau letih
hitang letung - terlampau hitam
sejuk ketto - terlampau sejuk

dan banyak lagi

(sumber daripada Buletin festival Nasyid KPM 2008)
Terima kasih sidang redaksi kerana membuat aku senyum sendiri.
Masakan tradsional Terengganu
KEROPOK
Merupakan makanan pertama yang dicari oleh pelawat yang datang ke negeri Terengganu.Ia hasil campuran isi ikan dan sagunsekaligus merupakan makanan penuh protein yang sentiasa digemari. Ia boleh didapati dalam bentuk keping dan lekor/getel.
NASI DAGANG
Makanan