Sunday, August 3, 2008

MALAYAN UNION

SEBAB-SEBAB PENGENALAN MALAYAN UNION

  • Persediaan membentuk kerajaan sendiri
  • Membentuk bangsa Malayan Union
  • Menjimatkan Kos Pentadbiran
  • Mengawal Kuasa Politik Orang Melayu
  • Melahirkan Pentadbiran yang licin

CIRI-CIRI MALAYAN UNION

  • Semua Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta dua Negeri Selat, disatukan.
  • Seorang gabenor British yang dilantik oleh Baginda Ratu England akan mengetuai Malayan Union.
  • Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.
  • Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.
  • Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan Malayan Union.
  • Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
  • Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.

REAKSI TERHADAP MALAYAN UNION

  • Orang Melayu membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-Raja Melayu bahawa baginda akan diturunkan daripada takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union seperti yang terjadi kepada Sultan Badlishah, Kedah.
  • Kebanyakan sultan tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku kepada Sultan Perak.
  • Terdapat sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan kepada British seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor.

TINDAKAN ORANG MELAYU MENENTANG MALAYAN UNION

  • Menyuarakan bantahan secara berterusan melalui akhbar-akhbar seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara.
  • Demonstrasi secara damai.
  • Menghidupkan Persatuan-persatuan Melayu - menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah dan Jajahan di London.
  • Mengadakan Kongres dan menubuhkan U.M.O
  • Penubuhan UMNO
  • Kongres kali kedua pada 30-31 Mac 1946.
  • Mengadakan rapat umum di setiap bandar besar.
  • Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar untuk menyatakan bantahan mereka.

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.

  • Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union.
  • Perpaduan orang Melayu daripada semua golongan.
  • UMNO tidak menuntut kemerdekaan.
  • Gesaan Piagam Atlantik 1945.
  • Sokongan bekas pegawai-pegawai British.
  • Sokongan pegawai-pegawai tinggi British.
  • Sikap politik Melayu yang sederhana.

No comments: