Wednesday, September 17, 2008

boleh percaya

Airmata Rasulullah - Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan
tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang,saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia
tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang
menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku,
orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,"kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa
Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" - "Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi...

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.............

Wallahualam.....


> >SUBJECT: TIPS UNTUK MEMBAIKI SOLAT KITA
> >~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> >Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti
> >Khadijah Din sebentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu
> >yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama.
> >Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti
> >kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan
> >yg lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg
> >saya dirikan terlalu rendah kualitinya.
> >
> >Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah.. umur
> >dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat
> >mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu.
> >Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah
> >mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan
> >diri" sblm menghadap Yg Esa.
> >
> >2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk
> >solat... sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :
> >
> >1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm
> >diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil
> >dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang
> >menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan
> >menyesallah.
> >
> >2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa
> >kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya.
> >Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg
> >Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya
> >yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi
> >anaknya.
> >
> >Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat
> >solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan
> >berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain
> >sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah
> >bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg
> >betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian
> >kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap
> >Tuhan.
> >
> >1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir
> >
> >i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping
> >telinga
> >
> >ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah
> >cuping telinga
> >
> >iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada
> >(bukan telinga).
> >
> >Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan
> >ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa
> >kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah
> >ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya
> >kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.
> >
> >2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan
> >tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup
> >pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2
> >menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas
> >tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah
> >rapat mendekati badan.
> >
> >3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk
> >dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn
> >melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut.
> >Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90
> >darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut
> >tepat.
> >
> >4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami
> >Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi
> >takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"
> >
> >5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan
> >diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan
> >kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan
> >seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah
> >sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang
> >terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi
> >diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana
> >dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg
> >7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and
> >kedua belah kaki
> >(setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit
> >agar menghala ke kiblat.
> >
> >6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
> >
> >i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
> >
> >ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan
> >kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.
> >
> >7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum
> >bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya
> >menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk
> >membantu kita bangun atau kedua2 tgn.
> >
> >8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut
> >".... illallahh..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari
> >telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.
> >
> >9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum
> >memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180
> >darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling
> >kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah
> >jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita
> >menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan,
> >alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.
> >
> >10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn
> >melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn
> >diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk
> >sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi
> >dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat
> >bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.
> >
> >Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat
> >mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan ukt
> >solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu.
> >Antaranya:
> >
> >1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah
> >jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan
> >dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita
> >tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak
> >jarang >(antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).
> >
> >Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di
> >dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat
> >cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan
> >bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati
> >dari luar telekung.
> >
> >2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas
> >membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak
> >payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu
> >solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi
> >menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang
> >tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak
> >jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu
> >akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah
> >aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat.
> >Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan
> >stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika
> >tiada, pakai 2 lapis.
> >
> >3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan
> >berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang
> >telekung. Ada kalanya, bagi mereka yg rambut pjg, jika
> >tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2
> >ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh
> >itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki
> >solat kita kerana ia adalah tiang agama.
> >
> >Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah
> >solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg
> >baik. Saya akui, terasa agak berat. Pengalaman saya,
> >oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini
> >memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat
> >sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik
> >kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat
> >saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba
> >seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah,
> >walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih
> >merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah
> >sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah
> >berbaloi. Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana
> >solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah
> >di alam baqa'.
> >
> >Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada
> >salah dan silap, harap dimaafkan. Segala yg baik itu
> >dtg dari Allah s. w. t. dan yg buruk itu dari saya.
> >
> >Wassalamu.
> >
> >** Dari Abdullah bin 'Amr r. a., Rasulullah S. A. W.
> >bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
**
> >

No comments: