Saturday, August 13, 2011

Untuk Zurina, Kak Zan pun sama

Baca catatan Ina kat blog dia, pasal alahan mengandung, rasa nak "like" banyak-banyak.
Sekadar berkongsi pengalaman. Masa mengandung anak pertama 15 tahun yang lalu, tak mahu cerita panjang lebar kat sini, yang penting suami terpaksa panggil doktor datang ke rumah, nasib baik rumah dekat dengan klinik. Itulah penangan kalau sangat alah, badan jadi tak bermaya dan tak mampu bergerak, macam mayat hidup... alhamdulillah baby lelaki lahir dengan sihat.
Empat tahun kemudian mengandung anak ke dua, kenangan pahit mengandung anak pertama baru nak lupa. Kali ini alahan sama jugak, jiran-jiran tak sampai hati melihat dan mendengar uek sana, uek sini, uek uek di mana-mana, tak kira pagi atau petang. Teringat seorang jiran pernah berkata, "kesiannya akak dengar, tak larat rasanya, macam mana nak buat ni..." ia berlarutan sampai bulan ke 5. Pergi sekolah pagi drive sendiri, time balik suami ambil, tidurlah kereta kat sekolah, esok pergi suami hantar atau tumpang kawan. Balik cerita lain pulak...Akhirnya alhamdulillah baby lelaki lahir dengan sihat.

...dan penantian untuk menimang cahaya mata seterusnya tetap ditunggu. Alahan tidak pernah melunturkan semangat kami untuk menambah zuriat. Tetapi takdir Allah membuatkan kami terpaksa menunggu sangat lama...

Jun 2011, setelah 11 tahun penantian berlalu, kami hampir terlupa untuk menunggu kehadirannya, khabar gembira datang tanpa disangka, rupanya aku mengandung lagi, anak ketiga, aku rasa seperti mengandung anak pertama semula. Dah terlupa kisah-kisah alahan anak pertama dan kedua dulu. Kali ini, cabaran lagi teruk, dengan usia yang dah berisiko, alahan yang sangat teruk, menyebabkan aku beberapa kali terlantar di hospital. Tak mahu cerita lebih-lebih, yang penting sepanjang tiga bulan pertama aku seolah-olah berada di dunia lain, dunia yang sangat berbeza aku seperti "orang kurang upaya". MasyaAllah, tak dapat nak gambarkan melalui kata-kata, betul kata Ina, itulah kelebihan wanita, dan bukan semua wanita mengalami alahan mengandung.
Selepas masuk hospital, dan masuk beberapa botol air minggu lepas, baru rasa ok sedikit, semoga Allah melindungku dan bayiku sehingga tiba saat melahirkan nanti... Amin.

Tak sabar tunggu 7 bulan lagi.


No comments: